Tuesday, February 23, 2010

Semoga Berjaya



Jangan putus asa bila anda membuat latihan Matematik Tambahan. Teruskanlah berusaha sehingga mendapat jawapan. Sekiranya masih gagal, pergilah bertanya kepada guru anda. Ingat lagi dengan kata pepatah yang menyatakan "malu bertanya sesat jalan". Sama juga dalam membuat latihan, sekiranya anda malu bertanya anda akan terus membuat kesilapan.

Usaha Tangga Kejayaan


Saturday, February 20, 2010

Halangan Menjadi Pelajar Cemerlang

1. Ajakan kawan yang "sesat".
2. Perasaan "Aku memang bodoh!"
3. Keterlibatan terlalu banyak aktiviti.
4. Ponteng kelas/sekolah.
5. Malas untuk menyeyiapkan kerja rumah.
6. Pemberi alasan.
7. Ketagih melanggar peraturan sekolah.
8. Tiada keutamaan pelajaran dalam hidup.
9. Dayus dalam belajar.
10. Tidak pandai uruskan diri.
11. Hidup dalam "Budaya Seronok".
12. Suka bertangguh dalam tindakan.
13. Cepat mengalah sebelum berusaha.
14. Kurangnya doa dan ibadat.